simulation

seorang guru boleh menggunakan kaedah simulation dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. hal ini kerana, kaedah simulation membawa banyak kelebihan terutamanya bagi membantu guru memberi penerangan dan gambaran kepada pelajar untuk sesetengah maklumat yang tidak dapat disampaikan secara lisan. simulation merupakan satu fail yang berbentuk video yang dilakukan melalui teknik pengkomputeran tentang eksperimen sains dan sebagainya dalam bentuk video dan arahan. dengan mengaplikasikan kaedah ini, pelajar akan dapat memahami sesetengah topik yang sukar untuk dipahami secara teori semata-mata. sebagai contoh kelebihan menggunakan kaedah simulation oleh guru terhadap pelajarnya ialah guru mampu memeberi simulasi tentang sesetengah eksperimen yang bahaya untuk dilakukan di makmal atau eksperimen yang tiada praktikal seperti khusus biologi. oleh yang demikian, simulasi mengenai topik-topik yang sukar itu akan dapat membantu menigkatkan pemamahan pelajar tentang subjek atau tajuk pebelajaran.