asingment 1

Mengapa guru perlu gunakan ICT dalam pengajaran?
Assalamualaikum wbt.
Pembuka wadah yang paling enak untuk didengar dan dituturkan. Bismillahirahmanirahim, pengikat kata bagi saya untuk memberi pandangan tentang tajuk yang dibahaskan iaitu mengapa guru perlu gunakan ICT dalam pengajaran?. Satu tajuk yang sangat menarik untuk dibicarakan terutamanya bagi bakal pendidik bitara yang akan datang di mana akan membawa satu lembaran baru dalam dunia pendidkan negara pada ketika ini malahan luar negara. Inilah ironi yang perlu diperkatakan kini. Bukan sekadar berkata-kata bahkan menjadikan ia sebagai reality kerana kesan yang di bawa adalah amat besar mahupun dalam atau luar bidang pengajian itu sendiri. Hanya berbicara di bibir tiada bawa apa pulangan tetapi jadikan perbincangan ini sebagai anjakan untuk mendapatkan yang terbaik kelak.
Melangkah kita dalam topic perbincangan yang hangat diperdebatkan. Apa yang dapat perhatikan, kebanyakkan rakan-rakan yang lain banyak memberi pendapat bawa penggunaan ICT adalah amat penting bagi seorang guru dalam pengajaran. Masing-masing cuba memperkatakan di mana penggunaan ICT mampu untuk menarik minta pelajar terhadap proses pengajaran yang dilakukan. Saya cukup bersetuju dengan pandangan rakan-rakan yang lain. Cuma di sini saya ingin memberi sedikit ulasan tambahan serta tonik-tonik baru yang boleh di fikirkan bersama kelak. Sebagai seorang guru, atau lebih tepat lagi bergelar pendidik, seharusnya bijak untuk mengetahui kaedah yang terbaik bagi mendidik atau menjalankan proses pembelajaran kepada para pelajar. Oleh yang demikian, sejajar dengan peredaran zaman yang serba canggih ini, jadi amatlah sesuai sekali pendekatan ICT di gunakan. Walau bagaimana pon, yang lama usah lah di tinggalkan nanti apa yang di matlamatkan lansung keciciran. Bak kata perpatah, yang di kejar tak dapat, yang di kendong keciciran.
Dalam konteks dunia hari ini, golongan pelajarnya mempunyai satu refleksi yang cukup hebat. Semuanya mempunyai bakat-bakat pemikiran kelas pertama. Oleh yang demikian, ICT mampu membuka lembaran ini. Penggunaan ICT dapat menarik minat pelajar dalam banyak matapelajaran seperti sains, kimia, bilogi, geografi dan sebagainya. Hal ini kerana terdapat sesetengah bahagian yang sukar untuk diterangkan. Jadi, dengan menggunakan ICT, seorang guru mampu memberi pemaham yang lebih jelas. Namun begitu, kaedah pembelajaran secara ‘sentuh jiwa’ tidak boleh di perlekehkan kerana sesetengahnya memerlukan cara yang berbeza. Jadi kesimpulannya, perlulah melihat kesesuaian topic yang ingin di pelajari. Namun kite tidak boleh menyangkal bawa para pelajar kini lebih tertarik dengan teknologi canggih. Jadi tidak salah memanipulasikan minat mereka untuk kebaikan disamping menyelitkan kaedah yang telah lama di gunakan. Ini kerana, pengajaran mengikut peredaran masa adalah yang terbaik bagi membentuk kefahaman yang mantap. Jadi, dengan menggunakan teknolgi yang ada maka kita mampu untuk membentuk satu generasi yang pintar malahan celit teknologi. Peredaran zaman menuntut satu demensi yang baru bagi membentuk sebuah negara maju sejajar wawasan 2020.
Oleh kerana, ruang amat mencemburui saya, nampaknya saya terpaksa berundur untuk terus memberi pendapat mengenai topic ini. Sebagai guru haruslah diingatkan menyampai dan mendidik bukan untuk di beri pulangan namun cukuplah sekadar meniatkan untuk melahirkan insan terbilang.wassalam.jumpa lagi untuk topic –topik yang mendatang..sekian, terima kasih…(ICT masa hadapan, lahirnya satu bintang gemerlipan).