my dream

Ketika ini aku masih di alam universiti yang begitu banyak dugaan yang perlu aku tempuhi. andai kaki ini tersalah langkah, aku pasti rebah di lemabah kebinasaan dunia. aku punya harapan yang sangat besar pabila aku melangkah keluar dari dunia seorang mahasiswa.suatu yang sangat membanggakan melangkahnya keluar aku dari universiti ini, aku pastinya bergelar seorang guru. aku punya impian yang sangat besar untuk digendong.
amanah yang aku pikul ini harus aku junjung seeratnya. andai aku tersalah langkah aku bakal membinasakan generasi dunia masa hadapan. namun sebagai manusia yang tidak sempurna, aku merancang untuk melahirkan kredibiliti seoarang anak bangsa yang berkualiti unggul. selagi hayat yang ini terus bernyawa, aku akan terus mendidik anak bangsa yang mangkin berkembang. suatu bentuk pembelajaran yang unik akan cuba diketengahkan bagi menarik minat belajar anak bangsa yang aku cintai. andai masa yang sangat bernilai perlu aku korbankan, tanpa beralasan pasti aku lakukan.
Namun begitu, aku juga turut mempunyai karier masa hadapan yang ingin aku capai. andainya ALLAH memlimpahkan rezeki yang lebih, pastinya aku ingin menyambung pembelajaran keperingkat yang selebih tinggi. menjadi seorang profesor adalah salah satu impian diriku. menuntut di universiti luar negara adalah im[ian yang aku pendam sejak aku kecil lagi. andai umur masih dipanjangkan ttuhan yang esa, aku ingin menyumbang segala kerinngat yang terdaya pada bangsa dan negara yang aku sayangi dan sanjungi. mencipta suatu yang luar biasa dan mampu menaikkan taraf malaysia ke pesada dunia menjadi cita-cita yang akan terus aku cuba untuk gapai.
Moga setiap perancangan yang dihasratkan akan diberkati dan diredhai pemilik dunia yang hakiki..