camstudio

kebiasaannya sekiranya ingin memberi maklumat tambahan atau lebih tempatnya bahan ransangan lain seperti video rakaman, individu berkenaan biasanya akan 'download' video-video daripada youtube. namun begitu, kini, dengan penggunaan camstudio, kite dapat membuat video rakaman mengenai apa jua yang dinginkan. camstudio merupakan satu perisian dimana mampu merekod segala yang berlaku di skrin komputer.aplikasi camstudio juga dapat membantu pensyarah untuk membuat sebarang rakaman mengenai eksperimen, topik-topik pembelajaran dan sebagainya.aplikasi camstudio juga banyak membantu sekiranya pensyarahan tidak dapat hadir ke kuliah. hal ini dapat dilakukan dengan merekod sesi pembelajaran untuk minggu berkenaan dan di agihkan kepada pelajar didalam kelas. oleh itu, ia mampu mambantu dan membentuk satu pengurusan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

smartboard

penggunaan smartboard dalam sesi pembelajaran boleh menarik dan meningkatkan minat pelajar untuk fokus dalam proses pembelajaran. aplikasi penggunaan smartboard dapat menjimatkan masa, kos, serta mampu menjadi pengajaran supaya ;ebih menarik.dalam sistem pendidikan kini,penggunaan smartboard adalah sangat penting terutamanya selaras dengan kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan kini. fungsi smartboard adalah lebih kurang sama dengan papan hitam di sekolah. namun, fungsi dan kelebihan yang dapat diaplikasikan ialah tulisan yang hodoh dapat diselaraskan menjadi kemas supaya mudah untuk memahami, mengamalkan konsep "screen touch", dapat membantu guru atau pelajar bagi membuat pembentangan yang jelas dan sebagainya. secara keseluruhannya, smartboard sebenarnya di sambungkan ke komputer dan kemudiannya skrin smartboard akan bertindak seperti scrin komputer. oleh yang demikian, ia akan membantu menjimatkan masa dan menjadikan pengajaran lebih sistematik dan tersusun.